Tuesday 6 May 2014

Persatuan Mahasiswa

Persatuan Mahasiswa anggap Pemilu 2014 gagal

Jakarta: Himpunan Mahasiswa Islam (PB HMI) berkata, pihaknya merekodkan sejumlah penipuan yang berlaku dalam pilihan raya 2014. Badan itu turut menilai Pilihan Raya 2014 (Pemilu 2014) sebagai gagal.


“Hanya separuh daripada wilayah di Indonesia, sudah selesai. Ia bermaksud masih banyak perkiraan belum habis dilakukan,” kata Koordinator Aktiviti Hal Ehwal Pelajar Kolej bagi PB HMI, Azhar Cave pada sidang media di Sekretariat PB HMI di Jalan Diponegoro, Jakarta Tengah, semalam.
“Kenapa sehingga kiraan masih belum selesai?,” kata Azhar sambil menambah penipuan sistematik sudah dijangka, prestasi lembap perkiraan undi dicerminkan dalam keputusan awal yang hanya membabitkan2,000 tempat pengundian. 

Kami mempunyai data terperinci membuktikan penemuan ini dan kami akan melaporkannya kepada Bawaslu tengah hari ini” Azhar Cave, Koordinator Aktiviti Hal Ehwal Pelajar Kolej PB HMI


“Ia jauh berbanding 540,000 pusat undi yang lain,” katanya. 

Berdasarkan keadaan ini, kata Azhar, perkiraan hanya dilakukan dengan maklumat statistik sedia ada untuk menyesuaikan keputusan kiraan awal di semua wilayah terbabit.

Azhar berkata, penipuan secara sistematik itu berlaku ketika pekerja menguruskan fail dan menemui banyak kesilapan, walaupun ia sudah disahkan dan ditandatangani.

“Sama ada secara sedar atau di bawah tekanan, ia menimbulkan kecenderungan untuk penipuan. Pengiraan di Tempat Pungutan Suara (TPS) memang bermasalah,” katanya. 
Polis mengesyaki wujud elemen sama ada kelalaian secara sengaja atau tidak oleh petugas ketika memasukkan data yang dimuat naik dalam laman web pilihan raya. 

“Kami mempunyai data terperinci membuktikan penemuan ini dan kami akan melaporkannya kepada Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) tengah hari ini,” katanya. - AGENSI

Gempa Bumi Landa Thailand ,Myanmar

Gempa bumi landa Thailand, Myanmar

Gempa bumi landa Thailand, Myanmar
Kenderaan melepasi rekahan besar jalan raya disebabkan gempa bumi dengan magnitud 6.0 di lebuh raya wilayah Chiang Rai, sempadan Thailand, Myanmar semalam. Gambar kecil, Seorang wanita memerhatikan sebahagian rumah yang rosak berikutan gempa bumi di wilayah Chiang Rai, sempadan Thailand, aMynmar. - Foto AP
Seorang pelajar maut gegaran paling kuat dirasai di sembilan wilayah termasuk Bangkok

BANGKOK: Gempa bumi kuat melanda utara Thailand semalam, menggegarkan bangunan tinggi di Bangkok yang terletak ratusan kilometer ke selatan, dengan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terbunuh.




Seorang pelajar perempuan di Universiti Rajabhat di Chiang Rai menjadi korban pertama kejadian itu, selepas mayatnya ditemui di tangga bangunan itu, dipercayai terjatuh ketika gegaran berlaku.Gempa dengan kekuatan 6.0 itu, pada kedalaman 7.4 kilometer, berlaku sejurus selepas jam 6.00 petang waktu tempatan, kata Agensi Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Monday 5 May 2014

Kematian Karpal Singh

Tangisan, kesedihan di Hospital Ipoh ratapi kematian Karpal Singh

Seorang ahli keluarga menenangkan isteri mendiang Karpal Singh (kiri) di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pagi ini, sementara menanti jenazah Karpal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.Seorang ahli keluarga menenangkan isteri mendiang Karpal Singh (kiri) di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pagi ini, sementara menanti jenazah Karpal. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014.Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tiba di Hospital Ipoh jam 7.25 pagi ini dari Hospital Kampar.
Karpal terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Ahli keluarganya – isteri, Gurmit Kaur; anak lelakinya, Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo serta anak perempuannya, Sangeet dan disertai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin lain kelihatan berada di hospital menanti jenazahnya.
Beliau menggambarkan Karpal seseorang yang berpegang kepada prinsip.Semua kelihatan menangis ketika jenazah Karpal dipindahkan dari van dan di bawa ke rumah mayat yang baru dibuka semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata ia adalah berita yang amat mengejutkan.
“Dia akan berusaha sehabis mungkin untuk membetulkan apa yang salah. Kehilangan besar kepada negara dan masyarakat Sikh.
“Saya mengenalinya selama 20 tahun. Saya berjumpa dengannya di Parlimen dan beberapa acara DAP,” katanya ketika ditemui di hospital.
Karpal dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah ketika kejadian itu berlaku.
Menurut polis, kenderaan pelbagai guna itu remuk teruk selepas hilang kawalan selepas berlanggar dengan sebuah lori di KM301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 12.40 pagi tadi.
Polis berkata, Karpal meninggal dunia di tempat kejadian. Terdapat empat penumpang dalam kenderaan Toyota Alphard itu, yang bernombor pendaftaran KS9898.
Pembantunya yang sudah lama berkhidmat, Michael Cornelius Selvam Vellu turut terbunuh sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal juga cedera di dahi dan lutut.
Pemandu dan pembantu rumah Karpal turut cedera. Pembantu rumah terbabit dikatakan berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan kesedihan menerusi laman Facebook miliknya dengan mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Karpal.
“Takziah kepada waris dan keluarga mendiang Karpal yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Seorang yang kita kenali sebagai pejuang keadilan yang meletakkan diri sepenuhnya membela rakyat. Moga keluarga tabah dan sabar dengan dugaan. Malaysia kehilangan seorang lagi pejuang rakyat,” tulisnya. – 17 April, 2014.

Tuesday 29 April 2014

Australia - Malaysia bincang kos aset.

MH370: Malaysia-Australia bincang kos aset tambahan

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA
KUALA LUMPUR 29 April - Malaysia akan berbincang dengan Australia mengenai kos yang melibatkan penambahan aset dalam operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi yang kini memasuki fasa kedua.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persefahaman perlu diwujudkan dengan Australia mengenai pembiayaan aset berkenaan.
"Kita sedang menuju kepada fasa kedua pencarian. Kita perlu adil dengan Australia kerana kita masih lagi belum berbincang mengenai kewangan.

"Kini kita akan meneruskan operasi mencari ke dalam lautan dan kita perlu persefahaman dengan Australia dari segi pembiayaan aset-aset," jelas beliau selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Jepun, Itsunori Onodera di pejabat beliau di Kementerian Pertahanan.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu berkaitan pembiayaan itu akan dibincangkan dengan jawatankuasa teknikal berkaitan MH370 hari ini.\

"Perdana Menteri Australia, Tony Abbott semalam berkata mungkin visual pencarian daripada udara dan lautan dalam tidak sesuai kerana kekangan negara dan syarikat yang mempunyai peralatan canggih yang diperlukan.

"Inilah apa yang dilalui oleh Perancis semasa mencari pesawat Air France yang hilang lalu. Bila kita telah tahu aset yang diperlukan maka kita akan berapa kos yang diperlukan," jelasnya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, dakwaan syarikat penerokaan Australia yang kononnya mengesan bangkai sebuah pesawat di Teluk Bengala iaitu 5,000km dari lokasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal petang ini.
"Banyak sangat spekulasi di luar sana. Hendak layan semua adalah mustahil. Tapi percayalah misi mencari akan diteruskan dan kita akan umumkan apabila pengesahan dilakukan oleh pakar," tegas beliau. 

MH370

MH370 JATUH DI SAMUDERA HINDIA: PM Najib Razak Bantah Sembunyikan Informasi MH370




Perdana Menteri Malaysia Najib Razak

Kabar24.com, KUALA LUMPUR— Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menegaskan tak ada niat pihaknya untuk menyembunyikan informasi MAS MH370 dari kerabat penumpang dan pihak berwenang.

Hal itu ditegaskan Rajib Razak seperti dilansir Straits Times, Selasa (25/3/2014). Komentar itu disampaikan PM Malaysia terkait denan tuduhan keluarga penumpang bahwa pemerintah dan militer Malaysia adalah ‘pembunuh’ sebenarnya dalam kasus hilangnya MAS MH370.


(Baca juga: Jerit Tangis Keluarga Penumpang MH370)


“Prioritas kami, setelah terkonfirmasi kecelakaan pesawat di Samudera Hindia, adalah fokus pada area lokasi,” tegas Najib kepada Parlemen.


Dia menambahkan bahwa kotak hitam adalah satu-satunya jalan untuk menemukan jawaban apa yang sebenarnya terjadi pada pesawat MAS MH370. (Baca juga: Nyawa Kotak Hitam Tinggal 13 Hari)


“Tak ada teori sejauh ini,” tegas Najib.


Mitra Kerja Malaysia, Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelepon Najib pada Selasa (25/3/2014) pagi untuk menawarkan bantuan.


“Ini  bukan untuk politik, saatnya menunjukkan solidaritas kepada keluarga penumpang,” tambahnya.


Pada Senin (24/3/2014) malam Najib mengumumkan bahwa MAS MH370 jatuh di Samudera Hindia selatan. (Kabar24.co