Tuesday 6 May 2014

Persatuan Mahasiswa

Persatuan Mahasiswa anggap Pemilu 2014 gagal

Jakarta: Himpunan Mahasiswa Islam (PB HMI) berkata, pihaknya merekodkan sejumlah penipuan yang berlaku dalam pilihan raya 2014. Badan itu turut menilai Pilihan Raya 2014 (Pemilu 2014) sebagai gagal.


“Hanya separuh daripada wilayah di Indonesia, sudah selesai. Ia bermaksud masih banyak perkiraan belum habis dilakukan,” kata Koordinator Aktiviti Hal Ehwal Pelajar Kolej bagi PB HMI, Azhar Cave pada sidang media di Sekretariat PB HMI di Jalan Diponegoro, Jakarta Tengah, semalam.
“Kenapa sehingga kiraan masih belum selesai?,” kata Azhar sambil menambah penipuan sistematik sudah dijangka, prestasi lembap perkiraan undi dicerminkan dalam keputusan awal yang hanya membabitkan2,000 tempat pengundian. 

Kami mempunyai data terperinci membuktikan penemuan ini dan kami akan melaporkannya kepada Bawaslu tengah hari ini” Azhar Cave, Koordinator Aktiviti Hal Ehwal Pelajar Kolej PB HMI


“Ia jauh berbanding 540,000 pusat undi yang lain,” katanya. 

Berdasarkan keadaan ini, kata Azhar, perkiraan hanya dilakukan dengan maklumat statistik sedia ada untuk menyesuaikan keputusan kiraan awal di semua wilayah terbabit.

Azhar berkata, penipuan secara sistematik itu berlaku ketika pekerja menguruskan fail dan menemui banyak kesilapan, walaupun ia sudah disahkan dan ditandatangani.

“Sama ada secara sedar atau di bawah tekanan, ia menimbulkan kecenderungan untuk penipuan. Pengiraan di Tempat Pungutan Suara (TPS) memang bermasalah,” katanya. 
Polis mengesyaki wujud elemen sama ada kelalaian secara sengaja atau tidak oleh petugas ketika memasukkan data yang dimuat naik dalam laman web pilihan raya. 

“Kami mempunyai data terperinci membuktikan penemuan ini dan kami akan melaporkannya kepada Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) tengah hari ini,” katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment