Tuesday 6 May 2014

Gempa Bumi Landa Thailand ,Myanmar

Gempa bumi landa Thailand, Myanmar

Gempa bumi landa Thailand, Myanmar
Kenderaan melepasi rekahan besar jalan raya disebabkan gempa bumi dengan magnitud 6.0 di lebuh raya wilayah Chiang Rai, sempadan Thailand, Myanmar semalam. Gambar kecil, Seorang wanita memerhatikan sebahagian rumah yang rosak berikutan gempa bumi di wilayah Chiang Rai, sempadan Thailand, aMynmar. - Foto AP
Seorang pelajar maut gegaran paling kuat dirasai di sembilan wilayah termasuk Bangkok

BANGKOK: Gempa bumi kuat melanda utara Thailand semalam, menggegarkan bangunan tinggi di Bangkok yang terletak ratusan kilometer ke selatan, dengan sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terbunuh.




Seorang pelajar perempuan di Universiti Rajabhat di Chiang Rai menjadi korban pertama kejadian itu, selepas mayatnya ditemui di tangga bangunan itu, dipercayai terjatuh ketika gegaran berlaku.Gempa dengan kekuatan 6.0 itu, pada kedalaman 7.4 kilometer, berlaku sejurus selepas jam 6.00 petang waktu tempatan, kata Agensi Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

No comments:

Post a Comment